promo
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
bushnell promo
kovea promo
mengenai kedai camping
aktiviti kedai camping

'Backpacking' dan sukan rekreasi luar telah melalui pelbagai perubahan. Rekabentuk yang lebih maju dalam peralatan pada ketika ini bermakna trip perjalanan 7 hari anda tidak lagi perlu memikul beban beg sehingga 40 kg.

Kami di RRE Outdoor komited untuk menampilkan pilihan produk-produk yang terbaik dan bersesuaian dengan persekitaran alam semulajadi Malaysia pada harga yang berpatutan bagi memastikan anda dapat menikmati pengalaman kembara anda sebagai satu pengalaman yg terindah dalam hidup anda.

TERBARU : Kisah kejayaan RRE Outdoor dalam bidang perniagaan backpacking kini dipaparkan di KOSMO! dan juga Berita Harian. Klik pada link yang disediakan untuk membaca berita selanjutnya.

RRE Outdoor @ Alamanda, Putrajaya

Klik disini untuk maklumat lanjut mengenai

Terletak di dalam pusat membeli-belah yang terkenal di Putrajaya, anda boleh mengunjungi kami di lokasi menarik ini untuk idea hebat dengan tawaran harga yang pelbagai serta berpatutan. Telah memulakan operasi sejak tahun 2007.

Kunjungilah kami di RRE Outdoor :


Kiosk PCS18
LG-South, Alamanda Putrajaya Shopping Centre
Jalan Alamanda, Precint 1
62000 Putrajaya


* berhampiran Cold Storage and Burger King



View Larger Map

Waktu operasi:


Setiap hari (termasuk cuti umum) -- 10.00 am hingga 10.00 pm

Hari Raya Aidilfitri -- Ditutup sehingga Hari Raya ke-2

RRE OUTDOOR

Selamat Datang ke RRE Outdoor, Kedai Camping Untuk Semua Penggemar Aktiviti Kembara dan Lasak.

RRE Unggul Enterprise adalah merupakan perniagaan milikan 100% bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2006 bagi menjalankan perniagaan menjual dan membekal produk-produk kembara (outdoor) dengan mengetengahkan jenama "RRE Outdoor" dan pelbagai jenama antarabangsa yang terkenal.

RRE Unggul Enterprise yang dipelopori oleh Muhamad Rizal Bin Shaari pada kelahiran awalnya merupakan seorang penggemar aktiviti kembara. Merasakan kesukaran di dalam mencari sebuah "One-Stop- Center" untuk mendapatkan produk-produk perkhemahan dan aktiviti kembara, serta mengambilkira peningkatan kesedaran rakyat Malaysia di dalam aktiviti terbabit telah menimbulkan buah fikiran untuk mewujudkan RRE sebagai salah satu pusat membekal produk perkemahan dan aktiviti kembara di Lembah Klang. Bagi memastikan perkhidmatan yang mantap dan berkesan, RRE telah diperkukuhkan lagi oleh kehadiran rakan kongsi yang berdedikasi iaitu Muhamad Raheme Bin Shaari dan Elta Puspa Bt Shaari untuk berganding tenaga, maka lahirlah kiosk-kiosk RRE Outdoor di Alamanda, Putrajaya dan SACC Mall, Shah Alam.

Komited untuk menampilkan pilihan produk-produk terbaik dan bersesuaian dengan persekitaran alam semulajadi Malaysia, RRE menawarkan pelbagai pilihan berjenama daripada luar negara sebagai memenuhi permintaan penggiat sedia ada, tidak ketinggalan untuk penggemar-penggemar yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti perkhemahan dan kembara ini. RRE juga tidak ketinggalan menawarkan produk-produk alternatif sebagai memenuhi kehendak pelanggan pada kadar harga yang berpatutan serta mampu dimiliki.

Selain menyediakan khidmat jualan secara terus menerusi kiosk-kiosk RRE, RRE juga bersedia menerima tempahan secara pukal (wholesale) dan membekal kepada sektor-sektor kerajaan, swasta, korporat, kelab, persatuan mahupun persendirian.

RRE amat menghargai sokongan anda dan RRE akan terus berusaha mencetuskan yang terbaik untuk anda.

Pembelian Secara Pukal (Group Sales)

Merancang perjalanan berkumpulan? kedaicamping.com.my menawarkan harga yang berpatutan untuk pembelian secara pukal, serta bersedia untuk berkongsi cadangan dengan anda sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat bagi produk-produk khusus yang ingin digunakan. Pihak kami bersedia untuk menganjurkan demonstrasi untuk produk yang anda rasakan sesuai. Hubungi kami kerana kami bersedia membantu anda sekiranya ia membabitkan backpacking & camping!

Bagi sebarang perbincangan tidak rasmi dan tidak melibatkan sebarang kontrak, tenaga kerja kami boleh dihubungi di talian 019-330 1934 (Rizal), atau melalui emel kami

Universiti atau sekolah

kedaicamping.com.my komited untuk menyokong minat mahupun budaya kembara - backpacking & camping di kalangan warga universiti dan sekolah. Dengan membuka akaun sebagai pelajar, pekerja, bahagian atau kelab bagi sesebuah universiti atau sekolah, anda layak untuk menikmati diskaun tambahan bagi keseluruhan produk kami.

Sebutharga bagi pembelian pukal juga boleh didapati berdasarkan permintaan anda.

Maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 019-330 1934 (Rizal), atau melalui emel kami

Business to Business

kedaicamping.com.my menawarkan khidmat perniagaan untuk perniagaan yang komprehensif. Kepelbagaian produk dengan kualiti yang setara dengan harga ditawarkan oleh pihak kami yang turut menitikberatkan faktor ekonomikal serta perkhidmatan yang konsisten.

Kami turut menawarkan khidmat percetakan dengan menyediakan idea untuk anda meletakkan logo korporat anda di atas produk-produk terpilih, mengikut kehendak serta keperluan organisasi anda.

Nikmatilah harga kami yang istimewa, dengan kepelbagaian produk, serta komitmen yang ingin anda tonjolkan. Dari harga menarik ke atas pembelian pukal, hingga ke memenuhi rangkaian kolaborasi perniagaan, tenaga kerja kami yang berdedikasi amat berbesar hati untuk memenuhi keperluan organisasi anda secara khusus.

Jawatan Kosong

Berminat untuk berkongsi pengalaman dengan warga kedaicamping.com.my? Sekiranya anda seorang yang meminati aktiviti lasak mahupun kembara, sertailah kami sebagai pembantu jualan di kiosk-kiosk kami untuk bersama-sama kami meluaskan komitmen kami terhadap komuniti kembara sedia ada mahupun yang baru.

kedaicamping.com.my amat mengalu-alukan anda untuk menjadi sebahagian daripada kami. Hubungi kami di talian 012-330 1934 (Rizal) untuk pertanyaan lanjut.

Borang Maklumbalas Pelanggan

Kami amat menghargai pendapat anda. kedaicamping.com.my yang diusahakan oleh RRE tidak akan berada di tahap ini tanpa sokongan anda. Salurkan pendapat anda (berunsur kritikan atau cadangan) untuk embantu kami memperbaiki perkhidmatan kami bagi kepuasan pelanggan kami.

Telefon/Pusat Panggilan

Hubungi kami atau salurkan sms anda ke talian kami di 019-330 1934 (Rizal). Pihak kami amat berbesar hati untuk melayan panggilan anda dari Isnin hingga Jumaat, 10 pagi - 7 malam. Sekiranya anda ingin menghubungi kedaicamping.com.my selepas waktu tertera, sila tinggalkan pesanan anda dan pihak kami akan menghubungi anda semula.

Email

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai :

1. Pertanyaan umum

2. Maklumat produk

3. Pengesahan pembelian/penghantara

4. Pemulangan produk

Anda boleh emelkan ke info@kedaicamping.com.my

Pihak kami akan berusaha untuk menjawab emel anda di dalam tempoh 48 jam. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklumbalas daripada kami dalam tempoh 48 jam, sila hubungi kami di talian 019-330 1934 (Rizal) untuk bantuan lanjut. Ini adalah berkemungkinan emel anda tidak berjaya sampai kepada kami ataupun sebaliknya.

Maklumbalas Pelanggan

Kami amat menghargai pendapat anda. kedaicamping.com.my yang diusahakan oleh RRE tidak akan berada di tahap ini tanpa sokongan anda. Salurkan pendapat anda (berunsur kritikan atau cadangan) untuk membantu kami memperbaiki perkhidmatan kami bagi kepuasan pelanggan kami.





Informasi Pembelian

Cara pembelian atau tempahan produk di kedai online kedaicamping.com.my

  • Sungguh mudah! Lawatilah www.kedaicamping.com.my untuk mendapatkan idea terbaik bagi kelengkapan kembara (outdoor) anda. Hanya gunakan cart pembelian di sebelah atas kiri laman web ini untuk pembelian yang mudah dan pantas.
  • Anda diperlukan untuk membuat pendaftaran melalui kedai online kami bagi kemudahan anda membeli-belah dengan selesa dan meyakinkan.

Hubungi kami

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai kedaicamping.com.my boleh disalurkan ke: -

  • 019-330 1934 (Rizal)

atau melalui info@kedaicamping.com.my.

Tenaga kerja kami akan membantu anda.

privasi

  • kedaicamping.com.my amat menghormati privasi anda. Kami hanya akan mengumpul, menyimpan dan menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang dibenarkan sahaja.
  • kedaicamping.com.my hanya akan menggunakan maklumat anda untuk tujuan menyokong dan mengembangkan hubungan perniagaan kami dengan anda, sebagai contoh, untuk memproses pembelian anda, menyediakan khidmat sokongan dan perkhidmatan; serta berkongsi maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan berita berkaitan kedaicamping.com.my dengan anda.

Stok

  • kedaicamping.com.my sentiasa berusaha memastikan setiap produk yang tertera di laman web kami, juga di kiosk-kiosk kami mempunyai stok yang mencukupi untuk memenuhi pembelian pelanggan. Walaupun pada kadar kemungkinan yang jarang berlaku, kadangkala ada terdapat percanggahan minimal di antara stok sedia ada dengan stok yang dinyatakan, berikutan tempoh puncak seperti hari-hari perayaan ataupun cuti umum yang mungkin mempengaruhi masa penghantaran.
  • Sekiranya ini berlaku dan sebagai memenuhi polisi, pihak kami akan memberitahu pelanggan kami seandainya terdapat kelewatan yang dijangka serta masa jangkaan tibanya pesanan anda. Tenaga kerja kami akan sentiasa memastikan kelewatan pesanan anda diminimumkan sebaik mungkin.

Produk yang kehabisan stok

  • kedaicamping.com.my kadangkala akan memaparkan sesetengah produk yang telah kehabisan stok. Sekiranya pesanan ataupun tempahan telah dibuat, adalah menjadi polisi kami untuk memberitahu pelanggan kami di atas kelewatan terbabit bersama jangkaan tiba untuk pesanan yang berkaitan.

Medium pembayaran

Kedai online kedaicamping.com.my

Melalui internet ataupun ATM transfer. Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan pembayaran melalui kad kredit buat masa ini.

Kiosk-kiosk

Bayaran secara tunai sahaja.

Polisi penghantaran dan self-collection

  • Penghantaran akan menggunakan khidmat pos berdaftar. Sistem kami di kedaicamping.com.my akan berupaya menyenaraikan kadar caj mengikut pesanan produk yang anda lakukan.
  • Anda akan menerima emel daripada kami sebagai makluman pesanan anda telahpun diuruskan untuk penghantaran.
  • Tandatangan sebagai bukti penerimaan merupakan satu kemestian. Alamat yang ideal adalah pejabat dan jiran terdekat, mahupun di alamat premis yang sentiasa berpenghuni untuk menyambut pesanan anda.
  • Combine shipping adalah digalakkan untuk membantu anda mengurangkan kadar caj penghantaran.
  • Khidmat Pos Laju akan disediakan berdasarkan kepada permintaan pelanggan. Kadar caj adalah tertakluk kepada kadar seperti tertera di laman web Pos Malaysia. Tenaga kerja kami akan menghubungi anda untuk pengesahan kadar caj yang terlibat.
  • Sila peruntukkan 3 hingga 6 hari untuk penghantaran produk tiba.
  • kedaicamping.com.my tidak menguruskan sebarang penghantaran melalui pos pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.
  • Sebarang pesanan yang diterima selepas pukul 10 malam hari Jumaat akan diproses pada hari Isnin berikutnya.
  • Anda juga boleh mengambil produk tempahan anda ataupun cash-on-delivery (COD) di kiosk-kiosk kami, mengikut kesesuaian masa dan kemudahan anda. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Sila kunjungi kami di lokasi-lokasi pilihan: -

Kiosk PCS18 (gadgets@RRE)
LG-South, Alamanda Putrajaya Shopping Centre
Jalan Alamanda, Precint 1
62000 Putrajaya
(10.00 Pagi - 10.00 Malam - berhampiran Cold Storage and Burger King)

Kesilapan menghantar produk oleh kedaicamping.com.my

  • Di dalam menguruskan pesanan dan tempahan pelanggan, ada kemungkinan untuk pihak kami membuat silap di dalam menguruskan pesanan pelanggan.
  • Sekiranya anda berdepan dengan situasi di atas, sila maklumkan kami dengan menghubungi kami di talian telefon di dalam tempoh 5 hari selepas tarikh penerimaan.
  • Sila kirimkan pesanan terbabit kepada kami dan anda layak untuk menuntut kembali caj pos yang telah dikenakan kepada pelanggan.
  • kedaicamping.com.my akan mengirimkan semula pesanan yang sebenar kepada pelanggan dengan penghantaran percuma, tertakluk kepada penerimaan produk terdahulu oleh pihak kami.
  • Sila hubungi kami untuk maklumat yang lebih terperinci.

Diskaun/Potongan Harga

Sekiranya anda telah diberi kod promosi untuk menikmati kadar diskaun bagi pembelian di kedaicamping.com.my, sila teruskan lawatan anda ke "check-out" dan masukkan kod ke dalam kotak kod promosi di cart pembelian anda.

Terma dan syarat untuk diskaun/potongan harga

Kod promosi diskaun adalah tidak layak digunakan semasa jualan murah sedang berlangsung memandangkan produk-produk terlibat telahpun ditawarkan potongan harga sedia ada.

Pembatalan ke atas pembelian

  • Dukacita dimaklumkan bahawa sebarang pembatalan ke atas produk yang telah ditempah dan yang telah diproses tidak dibenarkan.
  • Walaubagaimanapun, anda boleh membuat pertukaran produk selepas penghantaran tiba. Sila rujuk kepada polisi pemulangan dan pertukaran untuk maklumat lanjut.

Polisi pemulangan dan pertukaran

  • Sebarang pemulangan produk dengan pemulangan wang adalah tidak dibenarkan tetapi anda dibenarkan untuk membuat pertukaran dengan produk yang mempunyai kadar harga yang sama ataupun lebih tinggi dengan produk sebelumnya.
  • Sebarang pertukaran perlulah dilakukan di dalam tempoh 7 hari selepas tarikh penerimaan produk tertakluk kepada syarat dan terma seperti di bawah, serta pengesahan dari tenaga kerja kami.

Terma dan syarat untuk pemulangan dan pertukaran produk

  • Produk perlu dipulangkan bersama-sama dengan kotak atau packaging asal yang berada di dalam keadaan baik.
  • Produk yang rosak, kotor, koyak atau tidak berada di dalam keadaan asal adalah tidak layak untuk pemulangan.
  • Produk yang telah dijual dengan harga diskaun atau harga rendah istimewa adalah tidak layak untuk program pemulangan dan pertukaran.
  • Produk yang ingin dipulangkan kepada kedaicamping.com.my adalah di bawah tanggungan pembeli. Sebarang tuntutan kos tidak akan dilayan.
  • Kos penghantaran baru ke atas produk gantian adalah di bawah tanggungan pembeli.

Bayaran semula untuk pemulangan produk (pos)

  • kedaicamping.com.my akan membuat bayaran semula kepada pelanggan di atas kos pemulangan melalui pos untuk produk-produk yang gagal berfungi kerana masalah pengilangan.
  • Bagi membolehkan pihak kami membuat pembayaran semula kepada anda dengan efisyen, anda digalakkan untuk mengemukakan maklumat pembayaran berkaitan ke email kami di customer.returns@kedaicamping.com.my.
  • Anda digalakkan untuk menggunakan pos berdaftar/kurier kerana pihak kami tidak dapat bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan bungkusan di dalam perjalanan.
  • Sebagai alternatif, hantarkan produk terbabit ke kiosk-kiosk kami yang berhampiran anda, di Alamanda Putrajaya ataupun di SACC Mall. Sila kemukakan resit pembayaran anda untuk tindakan lanjut pihak kami.
  • Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi kami di talian telefon seperti tertera di atas ataupun melalui emel.

Warna dan percetakan

Warna pada produk atau percetakan komponen kotak dan balutan mungkin berbeza dari fizikal sebenar produk berikut terdapatnya kemungkinan visual yang berbeza-beza ke atas laman web ini pada setiap skrin computer. kedaicamping.com.my memohon maaf di atas kesulitan yang mungkin ditimbulkan oleh perbezaan visual ini.

TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA

kiosk rre

Kunjungilah kiosk-kiosk RRE Outdoor hari ini untuk mendapatkan idea bagi koleksi aktiviti lasak dan kembara anda. RRE menempatkan pelbagai produk untuk memenuhi keperluan serta kehendak anda seperti backpacks, hydration packs, drypacks, camping tools, camping tents, sleeping gear, food preparation, safety & health, lighting, clothing, dan pelbagai aksesori yang berkaitan.


RRE turut menawarkan pelbagai jenama alternatif serta barangan yang diimport seperti Deuter, Coleman, Leatherman, Bushnell, Mag-Lite, Kovea, dan lain-lain jenama di pasaran untuk mempelbagaikan variasi bagi pelanggan dan penggemar aktiviti lasak dan kembara ini.

logos